Friday, May 15, 2009

Larian Bomba - 10 Mei 2009

Memang tough !! Itulah yang dapat backpacker gambarkan tentang cabaran larian bomba 10km pada 10 Mei 2009 tempohari. Bukanlah masalah pada "fitnest" yang menjadi penghalang bagi backpacker untuk memberi cabaran pada pelari dari Kenya. Tetapi masalah lutut backpacker yang "injured" sejak dari turun Gunung Ledang pada tahun 2006 lalu. Ini menyebabkan backpacker terpaksa memberi laluan bukan sahaja pada pelari-pelari "top ten", tetapi juga kepada budak-budak sekolah baik lelaki mahupun perempuan (malu beb). Kecederaan itu juga menyebabkan backpacker terpaksa mengambil keputusan untuk bersara dari kerjaya larian marathon dan menumpukan pada aktiviti indoor sport seperti bermain chess, dam dan congkak.. Hehehe... (atleast sehingga lutut backpacker pulih)..

Sarapan pagi di R&R Maju Express Highway..

~

Sejurus sampai di Dataran Merdeka. Snap sekali dulu..

~


Fuh!! Ramainya peserta.. Dalam 4000 orang gak.. Backpacker aim boleh dapat top 20 ni.. Hehehe..

~



Antara kawan-kawan yang terpaksa backpacker tinggalkan kejap lagi.. Bukan aper, slow sangat.. Hehehe...

~
Jangan tak percaya, dah dekat 2000 orang backpacker potong ni..
~
~
Selesai larian. Rileks ambik angin jap.. Terpaksa berjalan kerana lutut dah tangkap..
~
~
Wakil ABASS yang mengambil bahagian.
~
~
Zoom sikit.
~
~
Backpacker tidak ketinggalan untuk bergambar di FINISH line.
~
~
Pose sekali lagi.
~
~
Gaya seorang (sepatutnya) JUARA..
~
~
Nak jugak....
~
~
Gerai-gerai yang ada..
~
~
Booth pameran BOMBA..
~
~
Brader kita ni tak melepaskan peluang untuk berposing..
~
~
Backpacker sentiasa segak bergambar.
~
~
Model situasi kebakaran.
~
~
Air pun real tu..
~
~
Brader "panjang" sekali lagi menunjukkan posingnya..
~
~
Snap kat mangsa patah pinggang jap..
~
~Bergambar bersama maskot BOMBA..
~
~
Seperti biasa, komandan kita ni tak nak ketinggalan. Wah, sayang betul maskot tu kat awak?

~

Antara pemenang.
~
~
Dalam bas pameran.
~
~

Gunung Besar Hantu - Episod II

Episod dua ni kita layan hasil dari kamera abang bulat kita lak... Hehehe...


Thursday, May 14, 2009

Lawatan ke Bomba - Kuala Kubu

Salam. Lawatan ke Pusat Latihan Bomba telah diadakan pada 22 April 2009 yang lepas. Semua PKK Abass telah dibawa ke pusat ini bagi mendalami cara2 menangani situasi kebakaran. Berikut sedikit gambar yang sempat dirakamkan ketika kami berada disana. Enjoy !!


Monday, April 27, 2009

Menawan puncak "Besar Hantu" (4794')...

Salam. Ekspedisi terbaru kelab gunung ABASS. Menawan puncak gunung besar hantu pada 25 April 2009 tempohari. Memang tough jalannya. Bak kata pepatah orang putih, "pushing the limit". Hehehe... Masa dalam pendakian tu, ada gak terpikir, sapa lah hantu raya yang mengajak aku manjat gunung ni.. Hampeh betul, menyusahkan orang.. Duduk rumah layan astro lagi baik..

25 April 2009. Jam 9.45am.
Starting kena layan 4x4 dulu.. Dalam sejam gak menunggangnya...

Kalau jalan kaki akan ambik masa lebih kurang tujuh jam.. Naik x-trail ni jimat enam jam..


Jam 10.45am.
Ok. Sampai disini sahaja 4x4. Selebihnya kena hadap menggunakan 2x2 (kaki dan kepala lutut). Hehehe...


Cayalah backpacker.. Nampak bersemangat !!


Jam 12.00pm.
Sampai di Kem Sg. Kering.


Kena meniti balak..


Snap se"round" dulu... Lain kali tak tau bila nak sampai lagi...


Jam 2.20pm.
Sampai di Kem Orkid. Letih dan kepanasan. Tapi survivor cam kitaorang, no hal punya. Jap lagi coklat abis, kita layan ulat kayu lak untuk dapat bekalan protein.. Cei wah!!


Kem Orkid mesti ada orkid.. Ni buktinya... Cun tak? Nak tengok jom ikut menapak empat jam. Ader bran?


Ni lah sumber air kitaorang memasak. Berdekatan dgn Kem Orkid. Depan sikit jer..


Ayam goreng panas ditengah hutan.. Memang nikmat..


Nak turun sungai tempat air ni memang jauh sikit. Tempat pun sempit. So tak digalakkan camping disini. Yang lain-lain semua survivor jenis kambing.. maleh nak mandi.. Tapi backpacker tak macam tu.. Kesegaran badan kena jaga.. Kita layan mandi dulu bro..

Cayalah mizan. Ikut turun tapi tak ikut mandi. Ada agenda lain..


Bergambar dengan pokok balak.. Kalau dapat kat tokeh balak, memang meleleh air liur ni..


Kalau perasan, Backpacker satu-satunya yang dah salin.. (dah mandi la tu)..


Jam 6.45pm.
Selamat datang kepuncak pertama. "Den budget dah sampai. rupo-rupo lagi sojam.. Hampeh botul.."


Batu penanda sempadan Negeri Sembilan - Pahang.


Belah sini Negeri Sembilan.


Belah sini lak Pahang..


Rilek jap luruskan kepala lutut. Takkan lari gunung dikejar.


Jam 7.30pm
Berhenti atas permintaan abang bulat. Nak prepare lampu bro.. Dah gelap ni.. Puncak tak sampai2 gak..

26 April 2009. Jam 7.15am.
Keesokkan harinya. Kita layan sunrise dulu. Bukan senang nak tengok matahari terbit atas gunung ni..



Khemah guide kitaorang. Man namanyer. Kitaorang yang hardcore ni tak bawak khemah pun.. Tidor guna sleeping bag jer.. Tapi backpacker lagi hebat. Khemah tak bawak, sleeping bag pun tak bawak. Real Harcore! Macam "Bear Grylls" dalam siri Man vs Wild jugak.


Sleeping bag for nothing !!!


Memacakkan bendera Malaysia tanda gunung telah ditawan !!!


Jam 8.15am.
Bersiap nak turun. Steadylah kelab gunung abass.. Dengar citer ada yang mengadu, "macam nak pocah jantung den manjat gunung ni!!"

Jam 11.35am.
Tiba semula di kem Sg Kering. Ader sesetengah pendaki tu panggil kem hantu air. Yang ini kot??


Jam 12.40pm.
Balik lencong ikut jalan lata kijang. Turun menjunam melalui 340 anak tangga. Lutut pun dah tangkap. Letih gak nak melayannya..


Jam 12.53pm.
Backpacker macam biasa orang yang terakhir sampai. Bukannya aper, jadi sweeper memang kena last. Untuk memastikan tak ader pendaki2 yang tertinggal..



Tinggi air terjun belakang tu.. Gerimis kuat..


Nampak tu ader pelangi keluar.. Boleh lencun dengan titisan air ni..


Layan mandi korang ye? Mentang2 lah dah dua hari tak mandi... Hehehe..


Backpacker takder hal.. Semalam dah mandi.. Tak lah kemaruk air sangat..


Gambar last sebelum battery habis. Memang best last Air Terjun Kijang Jatuh ni..